logo
phone Toll free:1800-22-3030
1. UMUM

My Money Master Sdn Bhd menghormati hak peribadi anda dan berusaha untuk melindungi data peribadi anda selaras dengan undang-undang Malaysia. Notis perlindungan data peribadi ini disediakan mengikut dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("Notis PDP"). Ia antara lain menerangkan:

  • Jenis-jenis data yang kami kumpulkan daripada pengguna laman web kami di www.mymoneymaster.com.my (“Laman Web”);
  • Tujuan dan cara kami mengumpul dan memproses data tersebut; dan
  • Pilihan yang kami tawarkan untuk mengakses, mengemaskini, membetulkan dan menghadkan pemprosesan data peribadi anda.

Sila baca Notis PDP ini dengan teliti kerana ia penting dan berkenaan dengan anda apabila anda menggunakan Laman Web kami. Sila ambil perhatian bahawa Notis PDP ini tidak meliputi amalan pihak lain, termasuk laman web, perkhidmatan dan aplikasi pihak lain yang anda akses, layari atau guna melalui Laman Web kami. Oleh itu, kami tidak akan menanggung apa-apa tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan atau polisi peribadi pihak lain dan kami menggalakkan anda untuk mengkaji dengan teliti polisi peribadi mereka dan syarat-syarat penggunaan sebelum menggunakan laman web mereka.

Jika berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan digunapakai.

2. NOTIS DAN PILIHAN
CARA MENGUMPUL DATA PERIBADI

Kami mungkin mengumpul dan memproses data peribadi anda (termasuk data peribadi sensitif) mengikut atau melalui cara-cara yang berikut:

  • Apabila anda melawat Laman Web kami;
  • Apabila anda mendaftar sebagai pengguna di Laman Web kami;
  • Apabila anda meminta halaman daripada server kami;
  • Apabila anda berkomunikasi dengan kami melalui e-mel, ruang e-chat atau e-borang di Laman Web kami atau mana-mana kaedah komunikasi yang lain;
  • Semasa anda menggunakan Laman Web kami, jika kami percaya bahawa data peribadi anda adalah berkaitan dan diperlukan supaya kami boleh memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik dan cekap; dan/atau
  • Melalui penggunaan cookies pada halaman tertentu di Laman Web kami.
SIFAT / DESKRIPSI DATA PERIBADI

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk:

  • Maklumat mengenai butir-butir peribadi anda seperti nama, gambar, umur, jantina, nombor kad pengenalan pendaftaran negara, nombor pasport atau nombor identiti dokumen lain, tarikh lahir, bangsa, etnik, kewarganegaraan, pekerjaan, aktiviti perniagaan dan lain-lain;
  • Maklumat perhubungan seperti alamat surat-menyurat, alamat e-mel dan nombor telefon;
  • Maklumat pembayaran seperti maklumat kad kredit atau kad debit, termasuk nama pemegang kad, nombor kad, pengeluar bank, negara pengeluar bank, tarikh luput dan butiran akaun perbankan lain;
  • Maklumat mengenai komputer anda (termasuk peranti mudah alih) dan lawatan anda ke dan penggunaan Laman Web kami oleh anda seperti alamat protokol internet, lokasi geografi, jenis pelayar, versi pelayar, sistem operasi, tempoh lawatan, halaman yang dilihat dan pandu arah laluan laman web; dan
  • Maklumat lain yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda berdasarkan interaksi anda dengan Laman Web kami.
TUJUAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk, antara lain:

  • Mengesahkan identiti anda;
  • Proses dan melengkapkan pendaftaran anda sebagai ahli untuk menggunakan Laman Web kami;
  • Mengutip bayaran, proses dan memuktamadkan pesanan anda atau sebaliknya menyediakan anda dengan maklumat dan perkhidmatan yang anda minta daripada kami;
  • Mentadbir dan mengurus perkhidmatan kami;
  • Dari semasa ke semasa meningkatkan ciri-ciri dan fungsi-fungsi Laman Web kami;
  • Melayani permintaan, pertanyaan atau aduan anda berkaitan dengan Laman Web kami;
  • Berkomunikasi dengan anda berkenaan dengan tujuan yang disenaraikan dalam Notis PDP ini; dan/atau
  • Untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan oleh mana-mana undang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan.
3. AKSES

Sekiranya anda ingin akses kepada data peribadi anda, anda boleh log masuk ke profil ahli anda di Laman Web kami atau hubungi kami melalui ruang e-chat atau e-borang di Laman Web kami atau e-mel kami di support@mymoneymaster.com.my. Kami berhak untuk menghalang pengguna-pengguna Laman Web kami daripada akses data peribadi mereka jika kami tidak dapat mengesan dan mengesahkan maklumat log masuk yang diberikan kepada kami. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda dalam masa yang singkat. Jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memaklumkan anda sebab-sebabnya.

4. INTEGRITI DATA

Kami berusaha untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami simpan mengenai anda adalah tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Oleh itu, data peribadi yang anda berikan kepada kami seharusnya, sejauh mana yang munasabah, tepat, lengkap, terkini dan tidak mengelirukan. Sekiranya anda ingin mengemaskini atau membetulkan data peribadi anda atau menghadkan penggunaan atau pemprosesan data peribadi anda yang disimpankan oleh kami, anda boleh membuat permintaan daripada kami melalui ruang e-chat atau e-borang di Laman Web kami atau e-mel kami di support@mymoneymaster.com.my. Atas permintaan anda, kami berhak mengemaskini data peribadi anda dengan sewajarnya atau meminta maklumat lanjut dan dokumen sokongan sebelum meneruskan pengemaskini data peribadi anda, jika maklumat yang diberikan kepada kami tidak lengkap atau mengelirukan. Kami akan berusaha untuk mematuhi permintaan anda dalam masa yang singkat. Jika kami tidak dapat memenuhi permintaan anda, kami akan memaklumkan anda sebab-sebabnya.

5. PENZAHIRAN

Pada umumnya, kami menyimpan data peribadi anda dengan sulit. Walaubagaimanapun, kami mungkin dikehendaki untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga yang berikut dalam keadaan tertentu:

  • Orang/syarikat/organisasi yang anda telah bersetuju untuk kongsi data peribadi anda;
  • Mana-mana kakitangan, pegawai atau penasihat profesional setakat mana yang diperlukan semunasabahnya untuk tujuan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini;
  • Pihak berkuasa kerajaan, awam atau kawal selia apabila dikehendaki oleh pihak berkuasa tersebut; dan/atau
  • Bakal syarikat induk atau syarikat induk baru atau anak-anak syarikat kami yang diperbadankan atau kesan daripada penggabungan, pengambilalihan, penyusunan semula syarikat kami atau mana-mana cadangan korporat yang dilaksanakan oleh syarikat kami.
6. KESELAMATAN

Kami amat mementingkan keselamatan data peribadi anda. Ketika mengendalikan data peribadi anda, kami mengambil langkah-langkah komersil yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda daripada hilang, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pendedahan, pengubahan, atau pemusnahan. Walaubagaimanapun, kami tidak janji bahawa maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan digodam, dibocor atau dipintas semasa dihantar melalui internet kerana tiada sistem keselamatan yang tidak dapat ditembusi.

Nama pengguna dan kata laluan peribadi adalah penting untuk anda bagi menggunakan fungsi-fungsi atau ciri-ciri Laman Web kami tertentu. Oleh itu, anda dikehendaki menyimpan nama pengguna dan kata laluan anda dengan sulit dan tukar kata laluan anda dari semasa ke semasa untuk perlindungan anda sendiri.

7. PENYIMPANAN

Maklumat peribadi anda akan disimpan dalam salinan cetak di pejabat kami atau di server yang terletak di Malaysia dan dikendalikan oleh kami atau pembekal perkhidmatan kami.

Kami akan menyimpan data peribadi anda (walaupun akaun anda atau penggunaan Laman Web kami oleh anda telah ditamatkan atau digantungkan) selaras dengan Notis PDP ini untuk apa-apa tempoh sebagaimana yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini dan/atau yang dikehendaki oleh undang-undang. Kami akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi anda dimusnahkan atau dipadamkan secara kekal apabila tidak lagi diperlukan bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini. Kami tidak menawarkan apa-apa kemudahan dalam talian untuk anda memadam data peribadi anda yang disimpankan oleh kami.

8. KESAN TIDAK MEMPERUNTUKKAN DATA PERIBADI

Bagi tujuan pendaftaran, kami mungkin memerlukan data peribadi tertentu daripada anda yang ditandakan dengan asterisk (*) dalam e-borang di Laman Web kami. Setelah mengemukakan e-borang kepada kami, kami akan memaklumkan anda sekiranya ada data peribadi yang diperlukan tidak dimasukkan. Jika data peribadi yang diberikan kepada kami tidak mencukupi:

  • Anda mungkin tidak dapat akses ke pautan-pautan tertentu atau fungsi-fungsi tertentu pada Laman Web kami;
  • Permintaan anda daripada kami untuk apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam Notis PDP ini mungkin akan ditolak atau tiada tindakan akan diambil ke atasnya;
  • Kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk melayari apa-apa maklumat di Laman Web kami; atau
  • Kami mungkin tidak dapat menyediakan perkhidmatan kami sepenuhnya melalui Laman Web kami kepada anda.
9. PERTANYAAN DAN ADUAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan Notis PDP ini atau berhubungan dengan apa-apa penyalahgunaan atau syak penyalahgunaan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui ruang e-chat atau e-borang di Laman Web kami atau e-mel kami di support@mymoneymaster.com.my.

10. PINDAAN / PENGEMASKINIAN

Kami mungkin meminda atau mengemaskini Notis PDP ini mengikut budi bicara kami dari semasa ke semasa, tanpa notis terlebih dahulu kepada anda dan pindaan atau pengemaskinian itu akan berkuatkuasa serta-merta apabila kami muat naik di Laman Web kami dan penggunaan berterusan Laman Web kami oleh anda menandakan perjanjian dan penerimaan anda dengan pindaan atau pengemaskinian tersebut.

11. PENGAKUAN DAN PERSETUJUAN

Dengan melayari atau menggunakan Laman Web kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Notis PDP ini dan bersetuju dan membenarkan kami untuk menguna, memproses dan memindah data peribadi anda seperti yang dinyatakan dalam Notis PDP ini.

Copyright © 2019 My Money Master Sdn. Bhd. All rights reserved.